AI Ready ASEAN merupakan inisiatif serantau oleh ASEAN Foundation dengan sokongan Google.org, yang bertujuan untuk mempertingkatkan literasi AI di seluruh rantau ASEAN. Disokong dengan geran bernilai USD 5 juta, program selama 2.5 tahun ini menyasarkan untuk memperkasakan 5.5 juta individu—termasuk belia, pendidik dan ibu bapa—di kesemua sepuluh Negara Anggota ASEAN dengan kemahiran asas AI. Program ini bertujuan membimbing peserta untuk lebih bersedia menghadapi era digital serta mengamalkan AI secara bertanggungjawab dan beretika.
Ketahui lebih lanjut mengenai Program AI Ready ASEAN di sini.
Program ini memberi tumpuan kepada lima aktiviti teras:
Untuk menyokong misi memperkasakan penggunaan AI yang bertangungjawab dakam kalangan belia, pendidik dan ibu bapa, ASEAN Foundation telah melancarkan AI Class ASEAN - sebuah platform pembelajaran atas talian yang direka bagi menjadikan literasi AI lebih mudah diakses dan mampan.
Platform ini membantu rakyat ASEAN memperoleh ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam dunia yang semakin berintegrasi dengan teknologi AI.
AI Class ASEAN boleh diakses secara percuma dan terbuka kepada semua belia, pendidik dan ibu bapa dari ASEAN tanpa mengira latar belakang dan pengalaman.
AI Class ASEAN menawarkan pelbagai kursus dan modul berkaitan literasi AI yang disusun khas untuk setiap kategori penguguna — belia, pendidik dan ibu bapa. Dalam setiap bab, anda akan menerima bahan pembelajaran (seperti pembentangan slide dan video latihan), melengkapkan penilaian ringkas, dan memperolehi lencana pencapaian. Setelah mengumpul semua lencana, anda boleh memuat turun sijil tamat krusus.
Anda juga akan mendapat akses kepada Hab Sambungan Pintar, di mana anda boleh:
Tidak sama sekali! AI Class ASEAN direka untuk semua orang.
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan awal tentang AI atau teknologi, hanya perlu mempunyai rasa minat dan kesediaan untuk belajar!
Sudah Tentu! AI Class ASEAN ialah platform inklusif, dengan kandungan yang disediakan dalam bahasa kebangsaan kesemua 10 Negara ASEAN.
Anda boleh pergi ke Forum Perbincangan dalam Hab Sambungan Pintar. Ia merupakan tempat yang sesuai untuk bertanya soalan, berkongsi pandangan, dan berhubung dengan rakan pelajar dari seluruh rantau.