Tentang Kami

AI Ready ASEAN merupakan inisiatif utama pemerkasaan digital yang dekendalikan oleh Yayasan ASEAN/ASEAN Foundation yang berlangsung dari tahun 2024 hingga tahun 2026. Program ini disokong oleh geran bernilai USD 5 juta daripada Google.org. Program ini bertujuan untuk membentuk ASEAN yang bersedia menghadapi masa depan dengan mempertingkatkan literasi AI dan kesedaran etika melalui pendekatan pelbagai hala -- merangkumi kajian, dialog besar, latihan inkulsif serta kempen kesedaran serantau. Dengan matlamat untuk menginspirasikan 5.5 juta individu di seluruh Asia Tenggara untuk meneroka dan mempelajari AI, inisiatif ini juga akan melatih 2,000 fasilitator bagi menyampaikan sesi literasi AI yang mendalam dan mengikut konteks setempat kepada 800,000 orang belia, ibu bapa dan pendidik, terutamanya dalam komuniti yang kurang mendapat akses, merentasi kesemua sepuluh Negara Anggota ASEAN.

AI Ready ASEAN bekerjasama dengan rakan kongsi dari kesemua 10 negara ASEAN, yang menyumbang pelbagai perspektif dan kepakaran kepada program ini.

Brunei Darussalam

Cambodia

Indonesia

Lao PDR

Malaysia

Myanmar

The Phillippines

Singapore

Thailand

Viet Nam

Apa yang ingin anda tanyakan?

Hai, ada apa-apa yang boleh kami bantu?
You need to login to use this feature
Login Here
Powered by SEA-LION